Senarai Harga Roadtax Kereta Bagi Tahun 2024

Umum mengetahui bahawa setiap kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya di Malaysia wajib memiliki roadtax yang sah dan masih aktif. Ini kerana, cukai jalan telah termaktub di bawah undang-undang jalan raya.

Disebabkan itu, kegagalan untuk memastikannya sah dan masih aktif akan mengakibatkan pemilik kenderaan tersebut didenda oleh penguatkuasa.

Jika ada yang tidak tahu, harga cukai jalan ini sebenarnya berbeza-beza. Ia dikira berdasarkan kapasiti enjin, lokasi geografi, jenis kenderaan serta pemilikan kenderaan. Justeru, bagi membantu anda mengetahui jumlah yang perlu dibayar untuk cukai jalan kenderaan mengikut jenis kenderaan, kami akan kongsikan senarai harga tersebut di bawah. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

Cukai jalan kereta atau roadtax kereta (atau rotex kereta) perlu diperbaharui setiap tahun. Jadi, anda perlu ambil tahu tarikh tamat tempoh roadtax kereta anda. Anda boleh periksa tarikh yang tertera pada sticker road tax kereta anda.

Pembaharuan cukai jalan kereta boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Kegagalan anda perbaharui cukai jalan boleh menyebabkan anda berdepan risiko dikenakan saman polis.

Pemilik kenderaan yang gagal menghidupkan cukai jalan boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Tetapi, sebelum renew roadtax kereta pastikan anda renew insurans kereta anda terlebih dahulu!

Jika anda masih belum perbaharui insurans kereta, anda boleh renew insurans kereta online di Nan Solutions. Kami menawarkan proses beli insurans online dengan jaminan proses yang selamat, mudah dan berpatutan.

NAK RENEW ROADTAX DAN INSURANS?

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *