Insuran Pekerja Asing : FWIG, FWHS, SPIKPA

Jika anda mahu membuat permit pekarja asing, sama ada untuk program Rekabilasi / RTK / Calling Visa atau untuk tujuan memperbaharui permit pekerja asing yang sedia ada, kami boleh buat insuran pekerja asing untuk anda.

Antara dokumen yang diperlukan untuk permohonan membuat permit kerja pekerja asing ialah:-

  • Foreign Worker Insurance Guarantee / FWIG
  • Foreign Worker Hospital Surgical / FWHS
  • SPIKPA

Polisi Insurance & SPIKPA akan siap kurang dari 30 minit setelah kami mendapat info dan bayaran daripada anda (Manakala SLIP SPIKPA dari KKM, kalau buat pagi biasanya boleh dapat pada hari yang sama).

Kos hanya RM253.60 untuk seorang pekerja (IG & SPIKPA). Jika jumlah pekerja lebih dari 1 orang, kos purata menjadi lebih murah

Sila Whatsapp untuk pertanyaan segera https://wa.me/nansolutions

SYARAT MEMOHON ATAU MEMPERBAHARUI PERMIT KERJA

Majikan yang mengaji pekerja asing diwajibkan mengambil Jaminan Insuran atau Insurance Guarantee (IG), dan Skim Pampasan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) & Polisi Perkeso.

Jika anda membeli Bond dengan bank, maka jumlah yang anda kena bayar ialah harga di atas bagi setiap pekerja. Jika anda mengambil polisi Insurance Guarantee dengan syarikat insuran / takaful – anda hanya perlu bayar premium yang lebih murah.

Contohnya, jika anda mempunyai 9 orang pekerja Indonesia..anda cuma bayar premium Insurance Guarantee sebanyak RM63.66 sahaja.

FWIG atau Foreign Worker Insurance Guarantee

Insurance Guarantee (IG) diperlukan oleh majikan apabila mereka hendak membuat pengambilan permit Kerja/work permit pekerja asing mereka.

Tempoh masa IG ialah 13 bulan/18 bulan/26 bulan/30 bulan & 36 bulan. Kebiasaannya imigresen memerlukan tempoh IG selama 18 bulan. Kos untuk Insurance Guarantee ialah: RM63 seorang.

SPIKPA

Bermula 1hb. Januari 2011, kerajaan telah mewajibkan semua majikan supaya mengambil Spikpa untuk pekerja asing mereka. 

Sekiranya tiada insuran pekerja asing Spikpa, maka majikan tidak boleh memperbaharui permit kerja pekerja asing mereka.

Jumlah premium – RM127.20 setahun (untuk seorang)

Tambah RM10 untuk setiap polisi bagi Duti Setem

Manfaat insuran pekerja asing SPIKPA

Untuk kemasukan atau admitted ke hospital akibat dari kemalangan atau penyakit 

Hospital kerajaan sahaja – cashless. Hanya tunjukan pengenalan diri (passport) bagi pengesahan di kaunter masuk hospital-hospital kerajaan (KKM)

Manfaat:-

  • Bilik Hospital & Makanan Harian (Maksimum sehingga 30 hari)
  • Unit Rawatan Rapi (Maksimum sehingga 15 hari)
  • Bekalan dan Khidmat Hospital
  • Bilik Bedah
  • Bayaran Pembedahan (Tidak merangkumi pemindahan organ)
  • Bayaran Pakar Bius
  • Lawatan Doktor dalam Hospital (Maksimum sehingga 30 hari)
  • Lawatan Pakar Perubatan dalam Hospital (Maksimum sehingga to 30 days)
  • Bayaran Ambulans/Bayaran Laporan Perubatan

Nota:-

  • Melindungi untuk kes kemasukan he hospital / admitted (bukan pesakit luar)
  • Hanya kemasukan ke hospital kerajaan sahaja
  • Jumlah maksima Bilik & Makan harian RM160 dengan bilik kelas 3
  • Had Tahunan Keseluruhan Maksimum: RM20,000

Tuntutan Polisi Perkeso

  • Jika berlaku kemalangan kepada pekerja, majikan hendaklah melaporkan kepada syarikat insuran & Jabatan Buroh dengan segera.
  • Selepas itu, syarikat insuran akan memberikan borang kepada majikan untuk membuka fail dan laporan kemalangan.
  • Jabatan Buroh juga akan memberikan beberapa borang kepada majikan untuk dilengkapi dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.
  • Setelah lengkap semua borang, Jabatan Buroh akan membuat tafsiran jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat insuran  takaful kepada waris pekerja

Tuntutan polisi Spikpa

  • Sekiranya pekerja kemalangan / sakit dan dimasukan ke hospital kerajaan, maka tidak perlu membayar apa-apa. Hanya bayar Yuran pendaftaran sahaja
  • Cuma tunjukan pengenalan diri iaitu passport untuk pengesahan identiti di kaunter daftar masuk.
  • Pihak hospital akan hubungi TPCA (third party claim Administration) PraAssist dan urusan claim akan diuruskan oleh TPCA.
  • Sekiranya bil hospital melebihi had perlindungan iaitu RM20,000 – majikan atau pekerja perlu membayar lebihan tersebut.
  • PENTING: Sekiranya didapati mana-mana pekerja asing mempunyai tunggakan bayaran bil hospital, maka tunggakan itu mestilah dijelaskan.
  • Jika tidak permit kerja tidak boleh diperbaharui untuk tahun yang berikutnya.
  • Majikan juga akan disenarai hitam kan dan mana-mana majikan yang telah disenarai hitam – tidak dibenarkan mengambil pekerja asing baru.

Nota:-

  • Boleh claim untuk kes kemasukan ke hospital sahaja & bermalam sekurang-kurangnya 1 malam (pesakit luar tidak dicover)
  • Jika untuk kes kecemasan yang memerlukan kemasukan segera ke hospital – boleh dibawa ke hospital swatsa TATAPI akan dibayar mengikut kadar hospital kerajaan. Lebihan kos tidak ditangung oleh pihak insuran.

Carta pendaftaran kemasukan wad

a) Pesakit tiba di hospital
b) Terima Borang Arahan Masuk Wad
c) Semak passport & pengesahan mempunyai perlindungan insuran
d) Masuk hospital
e) Tunggu sehinga discaj
f) Pihak hospital akan menyediakan borang-borang yang berkaitan & bil
g) TPCA menerima Bil Hospital & Laporan Perubatan SPIKPA dan akan proses tuntutan / claim
h) TPCA akan membuat bayaran kepada hospital
i) Selesai..

Dapatkan Quotation / Pertanyaan

Kami merupakan agent sah . Kami telah berpengalaman lebih dari 10 tahun di dalam bidang insuran / takaful.

Jika pekerja yang baru pertama kali buat permit dengan FWCMS – hanya berikan kami kod yang diberikan oleh FWCMS / BESTINET

Jika anda ingin mendapatkan quotation terlebih dahulu, sila dapatkan quotation pada link di bawah WhatsApp untuk pertanyaan / sebutharga

Senarai pelanggan yang berurusan dengan kami

  • AMAN GOLF SDN BHD
  • ESTEEM AGENCY SDN BHD
  • GUARA PALM OIL
  • KANGSAR FARM
  • KF KAIFU SDN BHD
  • MY FAMILY BUSINESS ENTERPRISE
  • dan lain-lain


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *